Pages

Tuesday 23 August 2011

Seni Bina Tamadun China

Peningkatan dalam seni bina telah mencerminkan katahanan manusia dalam tamadun awal yang mengahadapi cabaran untuk menghasilkan monumen yang dapat diabdikan sebagai pencapaian yang paling agung demi bangsa, agama dan rajanya. Segalanya tercapai kerana wujudnya pemimpin yang berwibawa dan berkaliber yang telah menyatupadukan serta meningkatkan jati diri rakyat serta menyakini bahawa usaha mereka akan mencapai kejayaan., iaitu binaan yang agung.

Setiap binaan mempunyai funsi yang penting kepada negara dan raja. Contoh seni bina dalam Tamadun China ialah Tembok Besar China.

Tembok Besar China (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Chángchéng; harf. "bandar/kota panjang") atau (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Wànlǐ Chángchéng; harf. "Tembok panjang 10,000 Li ()"[1]), merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km,[2] daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).[3][4]



The Dewan Tertinggi Harmoni (太和殿) di tengah-tengah Kota LaranganKota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.
Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik[1] dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional,[2] pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987,[2] dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.
Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China.


Terdapat juga seni bina yang lain seperti pagoda dan kuil.
Ini ialah Pagoda Besi di Kaifeng, China

1 comment: