Peta Tamadun Rom 2
Peta Tamadun Rom 3
Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber, di Lembah Latium.Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin.Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753S.M., lembah ini telah berkembang dan menjadi penting.Pada abad kedua Masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.Majlis perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di bandar.Pembinaan bandarnya adalah terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog(forum), rumah mandi dan istana.
Antara bandar di bawah pemerintahan Rom termasuklah Pompei yang merupakan bandar contoh oleh sebab wujudnya pelbagai kemudahan di bandar ini.Misalnya, di Pompei terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai , pintu gerbang dan colloseum(binaan bulat tanpa atap, tempat pertandingan bagi pahlawan Rom).Pada tahun 80M., bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50000 orang. Selain itu, terdapat juga sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yang melibatkan 14 buah saliran atau terusan.Dengan adanya saliran tersebut, bekalan air dapat diberikan kepada penduduk di Pompei pada waktu aman dan semasa peperangan, selain digunakan untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan.
Bandar Pompeii
Bandar Pompeii 2
Bandar Pompeii 3 Forum Trojan 1
Forum Trojan 2
Forum Jerish di Jordan
Rumah mandi Frigidarium
Teater Roman di Amman
Roman teater di Fiesole
Forum Jerish di Jordan
Teater Marcellus 1
Teater Marcellus 2
Rumah ibadat Hercules Victor
Rumah ibadat Claudius
Rumah ibadat Jupiter
Rumah ibadat Jupiter 2
Rumah ibadat Jupiter 3
Seni Bina
Peningkatan dalam seni bina mencerminkan ketahanan manusia dalam tamadun awal yang menghadapi cabaran untuk menghasilkan monumen yang dapat diabadikan sebagai pencapaian yang paling agung demi bangsa, agama dan rajanya.Segalanya tercapai kerana wujud kepimpinan yang berwibawa dan kuat yang dapat menyatupadukan rakyat dan meningkatkan jati diri mereka serta menyakini bahawa usaha mereka akan mencapai kejayaan, iaitu binaan yang agung seperti acropolis, aqueduct, colloseum, parthenon, pantheon dan Tembok Besar China.
Setiap binaan mempunyai fungsi yang penting kepada negara dan raja.Contohnya, aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom.
Agora of Tyres
Aqueduct 2
Aqueduct 3
Jambatan Aqueduct
Pantheon
Binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia, iaitu bergaris pusat 44 meter.Dibina pada zaman Maharaja Hadrian.Fungsinya adalah sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.
Interior Pantheon
Pantheon
Colloseum
Pembinaannya dimulakan pada tahun 70-an Masihi dan selesai dibina oleh Maharaja Flavian.Berbentuk kubah dengan ukuran tingginya 52 meter dan ukuran garis pusat luarnya 545 meter serta boleh memuatkan 50000-80000 penonton.Fungsinya adalah sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater.
Colloseum 2
Colloseum 4