Pages

Saturday, 3 September 2011

Tamadun Yunani

Peningkatan dalam seni bina mencerminkan ketahanan manusia dalam Tamadun Yunani yang menghadapi cabaran untuk menghasilkan monumen yang dapat diabadikan sebagai pencapaian yang paling agung demi bangsa, agama dan rajanya. Antara seni bina agung Tamadun Yunani termasuklah:



  • Acropolis 
- Pusat pentadbiran atau ibu negeri di Athens.
- Terdapat binaan yang menarik seperti rumah berhala, teater.

Teater

  • Parthenon
- Rumah berhala untuk Dewi Athena.
- Dibina pada zaman pemerintahan Pericles, tahun 421-409 S.M..
- Dibina untuk mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia.
- Ukuran ialah 69.5 meter x 30.88 meter.
  • Kuil Artemis
- Dibina untuk menyembah dewa Artemis.
- Dibina pada 550 S.M. di Ephesus yang terletak di negara Turki hari ini. 

Thursday, 1 September 2011

Tamadun India

    Tamadun India memaparkan peningkatan dan pencapaian yang cemerlang dalam bidang seni bina . Pada zaman tersebut , Great Bath telah dibina dengan sangat baik dan lengkap . Di samping itu , kompleks kuil di Gua Ajanta yang mempunyai 20 buah kuil dan kompleks kuil Gua Ellora yang mempunyai 28 buah kuil-gua adalah dibina berteraskan agama Buddha dan Hindu . Dalam pada itu , elemen geometri yang berasaskan seni bina Buddha telah digunakan , iaitu bentuk segi empat dan bulat .

Great Bath

          

Kompleks Kuil Gua Ellora

        

Kompleks Kuil di Gua Ajanta