Pages

Tuesday 30 August 2011

Tamadun Rom

                                                                    Peta Tamadun Rom

                                                  Peta Tamadun Rom 2
                                                    Peta Tamadun Rom 3

Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber, di Lembah Latium.Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin.Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753S.M., lembah ini telah berkembang dan menjadi penting.Pada abad kedua Masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.Majlis perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di bandar.Pembinaan bandarnya adalah terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog(forum), rumah mandi dan istana.
Antara bandar di bawah pemerintahan Rom termasuklah Pompei yang merupakan bandar contoh oleh sebab wujudnya  pelbagai kemudahan di bandar ini.Misalnya, di Pompei terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai , pintu gerbang dan colloseum(binaan bulat tanpa atap, tempat pertandingan bagi pahlawan Rom).Pada tahun 80M., bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50000 orang. Selain itu, terdapat juga sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yang melibatkan 14 buah saliran atau terusan.Dengan adanya saliran tersebut, bekalan air dapat diberikan kepada penduduk di Pompei pada waktu aman dan semasa peperangan, selain digunakan untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan.
                                         Bandar Pompeii

                                         Bandar Pompeii 2
                                                       Bandar Pompeii 3



Forum Trojan 1




Forum Trojan 2


Forum Jerish di Jordan


Rumah mandi Frigidarium


Teater Roman di Amman


Roman teater di Fiesole

Forum Jerish di Jordan

Teater Marcellus 1

Teater Marcellus 2


Rumah ibadat Hercules Victor

Rumah ibadat Claudius

Rumah ibadat Jupiter

Rumah ibadat Jupiter 2


Rumah ibadat Jupiter 3

Seni Bina
Peningkatan dalam seni bina mencerminkan ketahanan manusia dalam tamadun awal yang menghadapi cabaran untuk menghasilkan monumen yang dapat diabadikan sebagai pencapaian yang paling agung demi bangsa, agama dan rajanya.Segalanya tercapai kerana wujud kepimpinan yang berwibawa dan kuat yang dapat menyatupadukan rakyat dan meningkatkan jati diri mereka serta menyakini bahawa usaha mereka akan mencapai kejayaan, iaitu binaan yang agung seperti acropolis, aqueduct, colloseum, parthenon, pantheon dan Tembok Besar China.
Setiap binaan mempunyai fungsi yang penting kepada negara dan raja.Contohnya, aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom.
                                                  Agora of Tyres

                                                     Aqueduct 1


                                                       Aqueduct 2


                                                            Aqueduct 3

                                                             Jambatan Aqueduct

Pantheon
Binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia, iaitu bergaris pusat 44 meter.Dibina pada zaman Maharaja Hadrian.Fungsinya adalah sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.
                                                Interior Pantheon
                                                         Pantheon
Colloseum
Pembinaannya dimulakan pada tahun 70-an Masihi dan selesai dibina oleh Maharaja Flavian.Berbentuk kubah dengan ukuran tingginya 52 meter dan ukuran garis pusat luarnya 545 meter serta boleh memuatkan 50000-80000 penonton.Fungsinya adalah sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater.

                                                                              Colloseum 1
                                                                                Colloseum 2

                                                                             Colloseum 3


                                                                              Colloseum 4

                                                                                  Colloseum 5


Tuesday 23 August 2011

Jangka masa tamadun China dan Peta-peta





2500 BC Neolithic China

Shang Dynasty China

Zhou Dynasty China

Han Dynasty China

Period of Division

Sui Dynasty China

Tang Dynasty China

Five Dynasties China

Song Dynasty China

Yuan Dynasty China

Ming Dynasty China

Qing Dynasty China

People's Republic of China
.Neolithic tomb at Dawenkou
2000 BC
.
1500 BC
Shang ca 1600-
1000
.Shang tomb of Fu Hao
1000 BC
.
Zhou
ca 1000-
256 BC
Zhou tomb of Count Yu
500 BC
.Warring States tomb of Marquis Yi
200 BC
.
Han
206 BC-
AD 220
100 BC
.Han tomb of Liu Sheng
0
.
100 AD
.
200
.
Period of
Division
220-581
300
.Famous calligraphers
400
.Buddhist cave temples
500Buddhist sculpture and painting
.
600Sui
.
Tang
618-906
700Buddhist images
.
800Famous calligraphers
.
900
.
5 Dynasties
1000
Song
960-1276
Military technology
.
1100Paintings
.
1200
.
1300YuanPaintings
.
1400
Ming
1368-1644
.Hardwood furniture
1500
.Elegant gardens
1600
.
Qing
1644-1911
1700Clothing
.
1800
.
1900
.
Clothing
1925
Advertising
.
Woodcuts
1950
PRC
Buddhist worship
.Ordinary homes
1975Political posters
.Fayuan temple
2000Minorities
Modern Calligraphy
 

Seni Bina Tamadun China

Peningkatan dalam seni bina telah mencerminkan katahanan manusia dalam tamadun awal yang mengahadapi cabaran untuk menghasilkan monumen yang dapat diabdikan sebagai pencapaian yang paling agung demi bangsa, agama dan rajanya. Segalanya tercapai kerana wujudnya pemimpin yang berwibawa dan berkaliber yang telah menyatupadukan serta meningkatkan jati diri rakyat serta menyakini bahawa usaha mereka akan mencapai kejayaan., iaitu binaan yang agung.

Setiap binaan mempunyai funsi yang penting kepada negara dan raja. Contoh seni bina dalam Tamadun China ialah Tembok Besar China.

Tembok Besar China (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Chángchéng; harf. "bandar/kota panjang") atau (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Wànlǐ Chángchéng; harf. "Tembok panjang 10,000 Li ()"[1]), merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km,[2] daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).[3][4]



The Dewan Tertinggi Harmoni (太和殿) di tengah-tengah Kota LaranganKota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.
Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik[1] dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional,[2] pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987,[2] dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.
Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China.


Terdapat juga seni bina yang lain seperti pagoda dan kuil.
Ini ialah Pagoda Besi di Kaifeng, China

Tamadun China

Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin iaitu kelahiran empayar pertama yang menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau telah berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar.
          
Qin Shi Huangdi
Maharaja Shih Huang Ti


Jajahan takluk beliau amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa dengan jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.